AKTIVITI PEKA 5

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
program gotong royong perdan dilakukan ole Exco UMP@CITY. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk nilai mementingkan kebersihan dan juga memupul hubungan silaturrahim antara KK5 dan UMP@CITY. Program ini diakan pada hari Sabtu. Semua pelajar yang involve adalah pelajar KK5 dan pelajar yang tinggal di UMP@CITY. Program ini mendapat sambutan yang baik dari majlis perbandaran. Melalui program ini juga, Majlis Tertinggi PEKA 5 dapat melihat keadaan pelajar disan skali gus turut mengeratkan lagi hubungan antara Pengetua KK5 dan pelajar di UMP@CITY. Program ini juga telah mendapat liputan berita di surat khabar sinar harian.



PROGRAM KEJUT SUBUH
program kejut subuh adalah program yang dianjurkan oleh PEKA 5 dibawah Exco Kerohanian. Program ini adalah bertujuan untuk mendidik student UMP untuk bangun awal dan mengerjakan solat subuh. Program ini dilancarkan pada bulan April. Setiap peserta yang ingin menyertai program ini akan diberi satu tag kejut subuh untuk diletakkan di pintu. Ini adalah untuk memudahkan ajk program untuk mencari bilik peserta.
 Program ini berjalan dengan lancar dengan pertolongan daripada sekretariat blok yang menjalankan tugas untuk menggerakkan peserta. Seramai 60 lebih peserta telah terlibat dalam program ini. Program ini sangat bermakna kerana memudahkan pelajar untuk bangun awal dan ada yang berkesempatan untuk membuat qiamullail. malahan melalui program ini, lebih ramai pelajar yang hadir ke masid pada waktu subuh untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.
design tag JOM SUBUH

FESTIVAL KESENIAN
Festival Kesenian Kampus Pekan 2013 ini dijalankan bagi merapatkan hubungan diantara ahli-ahli blok di samping mengertkan lagi hubungan diantara Exco Kebudayaan dan integriti exco-exco Blok. Selain itu, program ini bertujuan untuk mengeratkanlagi hubungan pelbagai kaum diantar penghuni Kolej Kediaman 5. Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa kaum di Kampus Pekan. Dengan mengadakan festival ini, mahasiswa mahsiswi UMP akan saling mengenali dan memahami budaya masing-masing. 
Selain itu, program ini dapat mencungkil bakat baru dalam kalangan mahsiswa UMP. Para pelajar dapat menonjolkan sendiri bakat-bakat yang terpendam dan juga dapat mengisi masa hujung minggu mereka dengan perkara yang berfaedah dan boleh mengurangkan tekanan. 
melalu Festval ini juga, kita boleh menjaga tradisi setiap kaum. melalui festival ini, pelajr akan lebih cakna akan permainan tradisi setiap kaum.
peserta sedang bermain permainan guli

ajk-ajk program yang telah bertungkus lumus menjalankan program

salah satu acara ialah membuat tanglung



PROGRAM MUSLIM YOUTH LEADERSHIP

Program Muslim Youth Leadership camp ini merupakan satu agenda yang dianjurkan untuk memilih sifat-sifat kepimpinan dalam diri pelajar. Kepimpinan merupakan sifat yang perlu dikuasai oleh setiap orang terutamanya bagi meraka yang menerajui sebuah organisasi walaupun diperingkat bawah atau diperingkat yang lebih tinggi. Contohnya menerajui kelab-kelab dan persatuan diperingkat sekolah atau universiti manakala diperingkat yang lebih tinggi pula akan menjadi pemimpin kepada keluarga dan juga negara.

Oleh itu, bagi melahirkan ciri-ciri pemimpin yang mantap dan mempunyai sifat pimpinan yang baik,maka hendaklah diterapkan dalam diri akan sifat-sifat kepimpinan yang menjadi contoh tauladan yang baik.
Oleh yang demikian, kami PEKA 5 menganjurkan satu program "Muslim Yuoth Leadership Program" bagi membentuk dan melahirkan pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disegani.

Program ini juga menjadi salah satu landasan bagi para pelajar untuk membina hubungan baik dengan pihak luar terutamanya Sekolah Menengah Agama Kuala Abang dan agensi-agensi daripada luar dan dapat memanfaatkan kemahiran berkomunikasi dan ilmu yang diperolehi. Banyak program dilakukan sepanjang 4 hari 3 malam disana. Aktiviti yang dilakuakn adalah bertujuan untuk melatih kepimpinan pelajar SMKAKA agar mereka dapat berfikir secara kreatif dan kritis. 


pelajar perempuan SMKAKA

pelajar lelaki SMKAKA

antara salah satu aktiviti yg dilakukan yang memerlukan pelajar untuk berfikir secara kreatif..


PERTANDINGAN IRONMAN
Program Ironman Challenge UMP 2012 ini dijalankan di dalam kampus Universiti Malaysia Pahang sendiri iaitu kampus Pekan. Seperti mana yang diketahui, UMP merupakan universiti yang sentiasa melahirkan graduan-graduan kearah bidang kejuruteraan. Disebakan begitu, tidak ramai mahasiswa yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesukanan. Sepertimana, sukan adalah satu platform untuk kita menjaga kesihatan terutama bagi seorang pelajar. Oleh yang demikian, bagi menarik minat pelajar dalam melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan, program IRONMEN Challenge UMP 2012 telah diadakan.
Objektif sebenar program IRONMEN Challenge ialah untuk menerapkan tatacara kesukanan dan untuk menanam semangat kesukanan kerana bersukan penting untuk kesihatan terutamanya sebagai seorang pelajar. Disamping itu, ini dapat membina mahasiswa yang aktif dalam penglibatan aktiviti sukan. dan program ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama pelajar. Program ini dipenuhi dengan aktivit sukan yang lasak dan menarik seperti kayak, berbasikal dan sebagainya. Ini merupakan salah satu usaha PEKA 5 dalam melahirkan engineer yang sihat dari segi mental dan juga fizikal.

salah satu acara dalam IRONMAN iaitu marathon

acara berbasikal

acara berkayak

acara penyamapaian hadiah kepada pemenang pertandingan IRONMAN


PERTANDINGAN KING OF FIGHTER 1.0

pertandingan King of Fighter atau lebih dikenali sebagai KOF telah berlangsung pada tahun 2012. pertandingan ini adalah dibawah naungan PEKA 5 dan penasihat untuk program ini adalah pengetua KK5 sendiri iaitu En. Shaiful Hakim. Pertandingan ini merupakan satu pertandingan dimana semua jenis martial arts sama ada silat karate dan banyak lagi bertembung dalam satu gelanggang dan bertanding untuk mendapat gelaran sebagai King of Fighter. walaupun program ini masih baru tapi masih mendapat sambutan yang ramai daripada pelajar UMP. adakah kerana merit?? hihi kita serahkan kepada pelajar ubtuk menilai.. walaubagaimanapun, pertandingan KOF ini merupakan satu pertandingan yang sangat baik kerana ia memberi kesempatan kepada para pelajar untuk berlawan tetapi dengan cara yang sihat.

Kini sudah tahun 2013 dan seperti yang dinanti-natikan pertandingan King of Fighter 2.0 KINI KEMBALI!!! Pertandingan KOF kali ini lebih hebat kerana bukan sahaja disertai oleh student UMP sahaja tetapi turut disertai oleh studen dari universiti yang berdekatan di dalam negeri Pahang ini... Persaingan semakin sengit dapat dirasakan untuk KOF kali ini... Bagi sesiapa yang berminat bolehla mendaftar dengan AJK KOF segera.. ^^



Pemukul gong dan juri sedang menjalankan tugas masing-masing..
pengetua KK5 turut terlibat dalam menjadi juri dan wasit..

peserta sedang bersedia memasuki gelanggang


wasit dan peserta sedang bersedia untuk memulakan perlawanan..




No comments:

Post a Comment