Monday 20 May 2013

PERTANDINGAN DEBAT PIALA PENGETUA KK5





Alhamdulillah, semalam 20 Mei 2013 telah berlangsungnya Pertandingan Debat Piala Pengetua KK5 yang diadakan bersempena Pekan Big Day yang berlangsung selama  satu minggu. Pihak organisasi PEKA 5 juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan yang penuh mendebarkan ini. Tepat 9 malam, pihak penganjur telah mengumumkan bahawa pusingan kalah mati ini telah menemukan PEKA 5 dengan kumpulan APPLE dan telah ditempatkan di Sidang 3, DK3 FKEE. Kumpulan PEKA 5 yang terdiri daripada Naib Yang di-Pertua PEKA 5, Mohd Azrul bin Tengku Muda, Exco Kerohanian, Raihan binti Zaharim, dan Exco Blok B, Muhammad Ashraf bin Azahan. Usul yang telah dibawa pada dewan kali ini ialah ‘Dewan Ini Percaya Belum Tiba Masanya Mahasiswa Berpolitik’. Persaingan yang berjalan dengan lancar bukan sahaja dihujani dengan persoalan-persoalan yang diajukan malah kedua-dua kumpulan ingin mengemukakan fakta masing-masing bagi menarik perhatian hakim yang mengadili pertandingan tersebut. Pada akhir persidangan, hakim telah mengumumkan keputusan dari persidangan tersebut dan Muhammad Ashraf termasuk di dalam senarai calon pendebat terbaik namun keputusan memihak kepada kumpulan APPLE dengan perbezaan mata sebanyak 5 dengan keputusan hakim 2:1. Walaupun tidak berjaya, kumpulan PEKA 5 telah menunjukkan bahawa mereka mampu bersaing di medan pendebatan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada kumpulan PEKA 5. Tahniah kepada kumpulan PEKA 5!!!     







PROGRAM ALUNAN KALAMULLAH

Program ini telah dianjurkan di bawah PEKA 5 oleh EXCO KEROHANIAN iaitu saudari Raihan bt Zaharim. Program ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi ahsiah seseorang pelajar dari segi rohani. Antara program-program yang dianjurkan ialah pertandingan tilawah dan hafazan yang dilakukan pada 14 mei 2013. bagi pertandingan tilawah peserta perlu membaca surah as-saff ayat 6-14 manakala bagi hafazan peserta perlu menghafal salah satu daripada 3 surah iaitu surah ar-rahman al-mulk dan as-sajadah. kemudian pada 15 mei pula diadakan pertandingan syarahan dan azan. pertandingan ini dilkukan di kafe pusat aktiviti pelajar. Program ini berjalan sambil diselang-selikan antara azan dan syarahan. untuk syarahan tema syarahan adalah Keamanan, Maksiat di laman sosial dan cinta Allah cinta Rasul. pada 16 mei merupakan hari penutup bagi program kalamullah. pada hari penutupan, kumpulan nasyid Barakah Beggers telah menyampaikan beberapa buah lagu. ajlis penutupan diadakan di Masjid UMP.



tetamu jemputan majlis penutupan alunan kalamullah

salah seorang peserta syarahan 

kumpulan nasyid Barakah Beggars menyampaikan beberapa buah lagu nasyid

Friday 17 May 2013

Sunday 12 May 2013

GRAND BBQ BLOK B





Alhamdulillah. Pada 10mei 2013 yang lalu, Organisasi Blok B bersama penghuni blok B telah berjaya menjalankan Grand BBQ Blok B yang diadakan untuk semua ahli blok B. Jamuan yang diadakan pada jam 9 malam bertujuan untuk mengeratkan ahli blok B sebelum menempuh peperiksaan akhir yang dijadualkan bermula pada pertengahan Jun 2013. Gerak kerja yang bermula pada jam 6 petang sedikit terganggu kerana hujan yang turun dengan lebat namun ia tidak mematahkan semangat ahli jawatan kuasa program di bawah kendalian saudara Armirizal b. Arbai. Kehadiran dan kerjasama yang ditonjolkan oleh setiap ahli blok yang hadir telah menimbulkan suasan yang begitu meriah sekali. Majlis pada malam tersebut berakhir pada jam 10 malam. Organisasi Blok B yang mewakili semua ahli blok B berharap agar pihak Kolej Kediaman 5 dapat memberi kerjasama kepada kami dalam menjalankan aktiviti pada masa akan datang.


KENANGAN YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN