Monday 20 May 2013

PERTANDINGAN DEBAT PIALA PENGETUA KK5





Alhamdulillah, semalam 20 Mei 2013 telah berlangsungnya Pertandingan Debat Piala Pengetua KK5 yang diadakan bersempena Pekan Big Day yang berlangsung selama  satu minggu. Pihak organisasi PEKA 5 juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan yang penuh mendebarkan ini. Tepat 9 malam, pihak penganjur telah mengumumkan bahawa pusingan kalah mati ini telah menemukan PEKA 5 dengan kumpulan APPLE dan telah ditempatkan di Sidang 3, DK3 FKEE. Kumpulan PEKA 5 yang terdiri daripada Naib Yang di-Pertua PEKA 5, Mohd Azrul bin Tengku Muda, Exco Kerohanian, Raihan binti Zaharim, dan Exco Blok B, Muhammad Ashraf bin Azahan. Usul yang telah dibawa pada dewan kali ini ialah ‘Dewan Ini Percaya Belum Tiba Masanya Mahasiswa Berpolitik’. Persaingan yang berjalan dengan lancar bukan sahaja dihujani dengan persoalan-persoalan yang diajukan malah kedua-dua kumpulan ingin mengemukakan fakta masing-masing bagi menarik perhatian hakim yang mengadili pertandingan tersebut. Pada akhir persidangan, hakim telah mengumumkan keputusan dari persidangan tersebut dan Muhammad Ashraf termasuk di dalam senarai calon pendebat terbaik namun keputusan memihak kepada kumpulan APPLE dengan perbezaan mata sebanyak 5 dengan keputusan hakim 2:1. Walaupun tidak berjaya, kumpulan PEKA 5 telah menunjukkan bahawa mereka mampu bersaing di medan pendebatan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada kumpulan PEKA 5. Tahniah kepada kumpulan PEKA 5!!!     







No comments:

Post a Comment